Borneo Infragrid merupakan entiti strategik di bawah inisiatif PKBAS yang menyediakan kepakaran, sistem dan sokongan teknikal untuk mempercepatkan pendigitalan industri pembinaan di Sabah.
Borneo Infragrid merupakan entiti strategik yang diwujudkan di bawah inisiatif Persatuan Kontraktor Bumiputera Anak Sabah (PKBAS) sebagai pemangkin kepada pembangunan dan pelaksanaan pendigitalan industri pembinaan di Sabah.
Penubuhannya bertujuan menyediakan kepakaran, sistem dan sokongan teknikal bagi mempercepatkan peralihan industri ke arah digital, khususnya melalui pelaksanaan Building Information Modelling (BIM), Scan2BIM, UAV, LiDAR dan platform data digital.
Borneo Infragrid menyediakan perkhidmatan teknikal daripada pengumpulan data, pemodelan BIM, integrasi sistem sehingga pemantauan projek digital.
Perancangan, pemodelan dan pengurusan projek menggunakan BIM daripada reka bentuk hingga as-built.
Menukar bangunan atau aset sedia ada kepada model digital melalui laser scanning dan digital twin.
Pengumpulan data tapak menggunakan drone dan teknologi LiDAR dengan lebih pantas dan tepat.
Sistem data berasaskan peta untuk menyokong perancangan bandar dan pembangunan infrastruktur.
Mengesan utiliti bawah tanah sebelum kerja pembinaan bagi mengurangkan risiko dan kos tambahan.
Sistem pemantauan projek secara digital untuk laporan, tracking kemajuan dan sokongan keputusan.
Scan2BIM membantu kerajaan, kontraktor dan pemilik aset mendapatkan data bangunan sedia ada dengan lebih tepat melalui imbasan 3D, sebelum ditukar kepada model digital untuk kerja naik taraf, penyelenggaraan dan perancangan.
Borneo Infragrid menggunakan gabungan teknologi digital untuk membantu pengumpulan data, pemetaan, pemodelan dan pemantauan projek dengan lebih tersusun.
Pengumpulan data ukuran aset dan bangunan secara tepat untuk model digital.
Pemetaan udara, pemeriksaan tapak dan pemantauan kawasan projek.
Imbasan data permukaan, bentuk muka bumi dan kawasan infrastruktur.
Pengesanan utiliti bawah tanah sebelum kerja pembinaan dijalankan.
Sistem pemetaan dan pangkalan data untuk perancangan infrastruktur.
Pemantauan kemajuan, laporan digital dan data projek secara lebih telus.
Penyelesaian Borneo Infragrid membantu organisasi merancang, memantau dan mengurus data projek dengan lebih tepat melalui pendekatan digital.
Sokongan data digital untuk perancangan projek, aset dan pembangunan kawasan.
Membantu kerja ukur, pemodelan, pemantauan projek dan penyelarasan teknikal.
Sesuai untuk jalan, jambatan, utiliti, saliran, tanah dan kawasan pembangunan.
Scan2BIM untuk kerja naik taraf, renovasi, audit aset dan model as-built.
Borneo Infragrid membantu agensi, kontraktor dan pemilik aset memulakan transformasi digital melalui BIM, Scan2BIM, pemetaan, data tapak dan pemantauan projek secara digital.