PKBAS menyediakan akses kepada latihan industri pembinaan, pensijilan profesional, kursus CIDB, BIM dan digital construction bagi memperkasa kontraktor Bumiputera Sabah.
Program latihan PKBAS dibangunkan untuk membantu kontraktor, tenaga kerja tempatan dan belia Sabah meningkatkan kemahiran teknikal, mendapatkan pensijilan profesional serta menguasai teknologi pembinaan moden.
Melalui latihan CIDB, PLBK, BIM dan digital construction, PKBAS menyediakan laluan pembangunan yang lebih tersusun untuk membina kontraktor Sabah yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi transformasi industri.
Program kemahiran pembinaan untuk meningkatkan keupayaan kerja di lapangan.
Laluan latihan dan pensijilan untuk memperkukuh kredibiliti kontraktor.
Pendedahan kepada BIM, modelling, data dan digital construction workflow.
Membantu kontraktor Sabah naik taraf keupayaan, standard dan daya saing.
Program BIM membantu kontraktor, perunding dan tenaga kerja industri memahami aliran kerja digital construction — daripada pemodelan, koordinasi, clash detection sehingga pengurusan data projek.
Asas pemahaman BIM, workflow pembinaan digital dan peranan BIM dalam projek moden.
Latihan pemodelan architecture, structure, MEP dan dokumentasi digital.
Penyelarasan model, clash detection, setup projek dan coordination workflow.
Pelaksanaan BIM untuk kontraktor bagi meningkatkan kecekapan projek.
Program latihan kompetensi membantu kontraktor dan tenaga kerja pembinaan meningkatkan kemahiran teknikal, pematuhan standard kerja dan keupayaan pelaksanaan projek mengikut keperluan industri.
Latihan kerja bangunan, pengubahsuaian, penyelenggaraan, siling, drywall dan kerja struktur asas.
Kerja jalan, jambatan, saliran, pembentungan, bekalan air, kerja tanah dan struktur marin.
Sistem penyaman udara, automasi bangunan, keselamatan, pengesan kebakaran, lift dan eskalator.
Latihan IBS, precast component, sistem formwork, modular coordination dan teknologi pembinaan moden.
Kerja cat, bumbung, cladding, signage, kaca, hiasan dalaman, struktur keluli dan kerja logam.
Latihan kesedaran standard kerja, pematuhan industri, keselamatan tapak dan pengurusan kualiti projek.
Peserta boleh pilih kategori kursus, semak senarai latihan yang tersedia dan terus hubungi PKBAS untuk pengesahan tarikh, harga, tempat dan proses pendaftaran.
Isi maklumat asas di bawah untuk daftar minat kursus. Pihak PKBAS akan semak pilihan kursus, tarikh, lokasi, harga semasa dan slot yang tersedia.
Maklumat ini akan dihantar kepada pihak PKBAS untuk tindakan lanjut.
Dapatkan maklumat kursus terkini, harga, lokasi latihan, tarikh program dan syarat pendaftaran terus daripada pihak PKBAS.